Hemiphaga novaeseelandiae
Hemiphaga novaeseelandiae

Hemiphaga novaeseelandiae

Kererū atau Merpati New Zealand (Hemiphaga novaeseelandiae) ialah spesies burung merpati yang berasal dari New Zealand. Johann Friedrich Gmelin, seorang ahli alamiah memerikan burung tersebut pada 1789. Merpati berukuran besar dan menyerlah ini mempunyai panjang sehingga 50 sentimeter (20 in) dan berat di antara 550–850 gram (19–30 oz) dengan dada berwarna putih dan buluan berwarna hijau-biru. Dua subspesies telah dikenal pasti; dimana jenis yang kedua—merpati Norfolk dari pulau Norfolk—telah pupus pada awal kurun ke-20. Pasangan kererū bersifat monogami, membiak sepanjang musim dan kekal bersama apabila tidak membiak. Burung tersebut juga menghasilkan sarang mereka dengan ranting-ranting di pokok dengan sangkak telur tunggal.Dijumpai di pelbagai habitat di merata New Zealand, kererū kebanyakan memakan buah-buahan serta daun, tunas dan bunga. Walaupun habitatnya tersebar di hutan dan bandar, bilangan burung ini telah menurun dengan ketara sejak penjajahan Eropah dan ketibaan mamalia invasif seperti tikus, stoat dan posum. Walau bagaimanapun, hasil daripada tinjauan burung di seluruh negara mendapati pemulihan populasi burung yang signifikan di kawasan pinggir bandar. Setakat tahun 2021, Senarai Merah IUCN mengelaskan spesies burung ini sebagai "hampir terancam", manakala Jabatan Pemuliharaan (DOC) mengelaskannya sebagai "tidak terancam" tetapi bergantung kepada pemulihan.Dianggap sebagai taonga (khazanah budaya) kepada orang Māori, burung kererū secara sejarahnya merupakan sumber makanan utama dalam budaya Māori. Bagaimanapun, disebabkan jumlah populasinya yang menurun sebelum ini, pemburuan kererū telah diharamkan. Adat penggunaan burung ini dihadkan kepada bulu pelepah dan tulang yang diperoleh daripada burung mati yang dikutip oleh DOC. Permasalahan ini telah menerima perhatian awam dan siasah yang besar, apabila sesetengah orang berhujah bahawa larangan pemburun kererū menjejaskan tradisi orang Māori. Pada 2018, kererū ditetapkan sebagai Burung Tahun Ini oleh Persatuan Perlindungan Hutan dan Burung Diraja New Zealand, dan pada 2019 planet luar HD 137388 b dinamakan sebagai Kererū.

Rujukan

WikiPedia: Hemiphaga novaeseelandiae //pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/20399870 http://www.nzor.org.nz/names/0d34d965-3dbc-497c-95... http://www.boldsystems.org/index.php/TaxBrowser_Ta... //doi.org/10.1016%2Fj.ympev.2010.04.016 //doi.org/10.1080%2F03014223.2001.9517659 //doi.org/10.1111%2Fj.1365-2699.2010.02414.x //doi.org/10.2305%2FIUCN.UK.2016-3.RLTS.T22727557A... http://www.fossilworks.org/cgi-bin/bridge.pl?a=tax... http://www.irmng.org/aphia.php?p=taxdetails&id=107... http://www.jstor.org/stable/24060614